Tuesday, July 21, 2009

Tugasan KKE minggu ini 20-25 july 2009

Asm students,

Pada minggu ni, saya tidak dapat mengadakan kelas KKE kerana mengikuti kursus di ELTC.
Oleh itu, disini saya tinggalkan satu tugasan untuk anda semua.

Tajuk Tugasan: Mana lebih penting dalam menentukan kejayaan dalam hidup?
Kemahiran Emosi, Kemahiran Sosial atau Kemahiran Intelek.

Bentukkan tiga kumpulan dalam setiap kelas.
satu kumpulan ambil tajuk Kemahiran Emosi, 1 kum Kemahiran sosial dan 1 kum kemahiran intelek.

Lantik 2 orang pembahas dari setiap kumpulan.
Kita akan membahaskan tajuk ini dalam kelas minggu hadapan.
Lantik juga seorang pengerusi bagi setiap kelas.

Setiap ahli di dalam kumpulan dikehendaki mencari idea/isi bagi tajuk dalam kumpulan anda.

Sekian. Selamat belajar

salam


Assalamualikum pelajar2 sekelian


Bagaimana anda hari ini?


Bolehkan anda tunjukkan keadaan emosi anda hari dengan memilih salah satu gambar yang diberikan dibawah.


Please reply.
TQ